SK LUBOK DARAT, SIPITANG SABAH

Jumaat, 6 November 2009

MINGGU BAHASA MELAYU

Pada 12 hingga 19 Oktober 2009 telah berlangsungnya minggu Bahasa Melayu. Minggu Bahasa Melayu ini merupakan aktiviti Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah.
pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang minggu tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menulis esei, bercerita dan kuiz. Di sepanjang minggu tersebut, murid-murid dan guru-guru dikehendaki bercakap dengan menggunakan Bahasa Melayu baku.

Aktiviti ini merupakan aktiviti terakhir bagi Panitia Bahasa Melayu untuk tahun ini. Dengan sambutan yang menggalakkan ini, aktiviti seperti ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan beberapa penambahbaikan.

ANTARA GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI BERLANGSUNG

Pengadil dan hakim pertandingan bercerita

pertandingan kuiz tahap 1

Pertandingan kuiz tahap 2

Salah seorang peserta pertandingan bercerita

SUKANEKA PASUKAN PENGAKAP


Pada 5 November 2009, Unit Beruniform Pengakap telah mengadakan hari sukaneka untuk ahli-ahli Pengakap Sekolah. Objektif utama hari Sukaneka ini diadakan adalah untuk mengerakkan lagi hubungan antara ahli. selain itu, ia juga merupakan salah satu aktiviti tahunan yang telah dirancang pada 2009 dan merupakan aktiviti yang terakhir pada tahun ini. Sambutan Hari Sukaneka ini amat mengalakkan.


GAMBAR HARI SUKANEKA PENGAKAP


guru-guru kepenatan


murid mengambil tempat


guru memberi penerangan kepada murid



kegembiraan wajah ahli Pengakap