SK LUBOK DARAT, SIPITANG SABAH

Jumaat, 6 November 2009

MINGGU BAHASA MELAYU

Pada 12 hingga 19 Oktober 2009 telah berlangsungnya minggu Bahasa Melayu. Minggu Bahasa Melayu ini merupakan aktiviti Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah.
pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang minggu tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menulis esei, bercerita dan kuiz. Di sepanjang minggu tersebut, murid-murid dan guru-guru dikehendaki bercakap dengan menggunakan Bahasa Melayu baku.

Aktiviti ini merupakan aktiviti terakhir bagi Panitia Bahasa Melayu untuk tahun ini. Dengan sambutan yang menggalakkan ini, aktiviti seperti ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan beberapa penambahbaikan.

ANTARA GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI BERLANGSUNG

Pengadil dan hakim pertandingan bercerita

pertandingan kuiz tahap 1

Pertandingan kuiz tahap 2

Salah seorang peserta pertandingan bercerita

SUKANEKA PASUKAN PENGAKAP


Pada 5 November 2009, Unit Beruniform Pengakap telah mengadakan hari sukaneka untuk ahli-ahli Pengakap Sekolah. Objektif utama hari Sukaneka ini diadakan adalah untuk mengerakkan lagi hubungan antara ahli. selain itu, ia juga merupakan salah satu aktiviti tahunan yang telah dirancang pada 2009 dan merupakan aktiviti yang terakhir pada tahun ini. Sambutan Hari Sukaneka ini amat mengalakkan.


GAMBAR HARI SUKANEKA PENGAKAP


guru-guru kepenatan


murid mengambil tempat


guru memberi penerangan kepada murid



kegembiraan wajah ahli Pengakap

Selasa, 25 Ogos 2009

Pentadbir sekolah


GURU BESAR
PN. RAFIAH JAAFAR



PENOLONG KANAN 1
AGKU JAINUDDIN BIN AGKU WAHAB



PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)
PN. DAYANG FATIMAH




PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
EN. AZMI

Isnin, 24 Ogos 2009

catatan kemerdekaan


Isnin, 20 Julai 2009

UNIT BERUNIFORM
































hanya 2 unit bernifrom sahaja yang boleh dilaksanakan di SK. Lubok Darat.
bagi pelajar perempuan, mereka dikehendaki melibatkan diri dengan Persatuan Puteri Islam manakala pelajar lelaki dikehendaki menyertai unit berunifrom pengakap. unit berunifrom ini dilaksanakan pada hari sabtu minggu kedua dan keempat setiap bulan.

SEJARAH SEKOLAH

Kampung Lubok Darat terletak lebih kurang 6 kilometer dari Pekan Masapol dalam daerah Sipitang Sabah. Keadaan geografinya yang dipenuhi dengan semak- samun dan bukit-bukau menyukarkan perjalanan sesiapa sahaja yang ingin pergi ke kampung ini. Oleh sebab itu, ada sesetengah anak penduduk kampung ini tidak dapat meneruskan pembelajaran mereka memandangkan sekolah yang terdekat hanya terletak di Pekan Masapol iaitu Sk. Masapol, ditambah lagi dengan keadaan geografinya yang sukar dan kedudukannya yang jauh.

Maka dengan itu, pada tahun 1967, timbul niat di hati penduduk kampung ini memohon dengan kerajaan agar mendirikan sebuah sekolah di kampung mereka bagi memudahkan anak-anak mereka melalui proses pembelajaran dan menerima pendidikan yang sepatutnya. Permohonan ini dikemukakan oleh Encik Osman Bin Salleh yang dilahirkan pada tahun 1927. Setelah pelbagai usaha dan rayuan dilakukan beberapa kali akhirnya permohonan ini diterima dan diluluskan oleh kerajaan.


Bangunan sekolah dan rumah guru Sekolah Kebangsaan Lubok Darat ini dibina dalam tahun 1972, dan ia disempurnakan oleh Encik Esang Chia. Pada permulaannya bangunan ini hanya mempunyai sebuah bilik darjah untuk murid dan sebuah lagi bilik untuk bilik guru.


Apabila semua kelengkapan telah disediakan, sekolah ini pun dibuka pada 20 Mei 1973 dengan hanya 17 orang pelajar. Guru yang mula-mula ditugaskan di sekolah ini ialah Encik Abdul Wahab Hj Kahar. Pada ketika itu, beliau merupakan guru besar, beliau juga guru kelas dan beliau juga kerani. Seterusnya 2 tahun kemudian bersamaan 18 Januari 1975 sekolah ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Hj Mohd Yasin Bin Hassim iaitu Menteri Kebajikan Masyarakat.


Pada awal tahun 1975 seramai 3 orang guru telah ditugaskan ke sekolah ini. Selain itu, Tuan Hj Dahlan telah diberikan tanggungjawab untuk menjadi Guru Besar menggantikan Guru Besar yang lama iaitu Encik Abdul Wahab Hj. Kahar yang ditukarkan ke Sk. Masapol. Manakala Encik Karim Nayan sebagai guru penolong dan Encik Ayob Bin Dawami sebagai guru Agama Islam. Pada tahun 1980, 2 orang kakitangan bukan mengajar telah dilantik bagi menjaga kebersihan kawasan sekolah dan pembantu tadbir sekolah iaitu Encik Jamarat Bin Kalat sebagai tukang kebun dan Puan Rosni Bte Bulat sebagai pembantu kerani.


Pada awal tahun 1984 pula, sekolah ini mendapat peruntukan bangunan tambahan sebanyak 3 buah bilik darjah dan bilik guru serta sebuah rumah kembar bagi rumah guru. Peruntukan ini termasuk dalam projek kilat dan bahan-bahan bangunan ini dibekalkan oleh sebuah syarikat pemborong bangunan dari Kinabalu. Bangunan tambahan ini dibuat oleh penduduk kampung ini sendiri dan ia mula digunakan pada awal tahun 1985.